Rabu, 26 Januari 2011

HARAKAH ISLAMIYAH (PART 2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana diizinkan oleh Allah S.W.T untuk meneruskan hidup di muka bumiNya ini untuk meneruskan perjuangan menegakkan kalimah Allah S.W.T sesuai dengan takrifan Khalifah pada pandangan ulama' iaitu إقامة الدين وسياسة الدنيا به.

Kali ini saye akan sambung tajuk perbincangan kite iaitu Harakah Islamiyah ataupun Gerakan Islam. Apakah yang dimaksudkan dengan Jemaah Islam ataupun Gerakan Islam? Bahasa yang mudah difahami ialah Gerakan Islam atau Jemaah Islam ialah satu gerakan islam yang cube mengembalikan sistem khalifah islamiyah dan membawa ISLAM secara syumul di dalam masyarakat kite yang semakin jauh dengan ISLAM. Ini mengikut kefahaman saye. Kite sebagai umat Islam perlu intima' atau menyertai gerakan Islam ini untuk kite berjuang mendaulatkan kembali Islam kite yang tercinta.

Terdapat pandangan ulama' berkaitan dengan hukum menyertai gerakan Islam ini. Ulama' berpendapat bahawa menyertainye wajib berdasarkan dalil dalam surah Ali-Imran ayat 104 yg berbunyi:

.ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر، وأولئك هم المفلحون 
dan hendaklah di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh membuat segala perkara baik, serta melarang daripada membuat perkara yang buruk dan keji, dan mereka yang bersifat sedemikian ialah orang yang berjaya.

Mengikut tafsiran Syed Qutb dalam kitab tafsirnye Tafsir Fi Zilalil Quran mengatakan bahawa أمة yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah جماعة atau طائفة yang membawa maksud sekumpulan manusia, bukan merujuk kepada seorang sahaja dalam melakukan kerja dakwah atau perjuangan ini. 

Hadis Nabi S.A.W juga ada menyebutkan tentang wajib kite berjemaah iaitu:

تلزم جماعة المسلمين وإمامهم
beriltizamlah kamu dengan jamaah Islam dan kepimpinan mereka

Hadis ni panjang sebenarnye tapi saye pendekkan saje. Sebenarnye hadis ini menceritakan pertanyaan sahabat nabi yang bernama Huzaifah al-Yamani kepada baginda. Saye akan mengambil point yg berkait dengan tajuk kite iaitu beliau bertanye kepada rasulullah sekiranye jika tiada jemaah pada zaman itu, apa yang perlu beliau buat. Maka rasulullah menjawab pergilah ke hutan2 dan beruzlah di sane dan makanlah akar2 kayu di hutan tersebut. Maka di sini kite dapat simpulkan dari hadis nabi ini bahawa nabi menyuruh kite berjemaah dan mengikut kepimpinan jemaah tersebut. Betapa pentingnya jemaah islamiyah ini sehingga dirakamkan di hadis baginda S.A.W.

Di dalam kaedah fiqh ade disebutkan tentang kewajipan berjemaah iaitu:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
tidak sempurna sesuatu perkare itu melainkan dengannya maka ia menjadi wajib.

Ha!!! poning membaco eh..huhu, maksudnye xsempurna bende wajib tanpa satu perkare itu, maka perkare itu jadi wajib. Contoh yang sangat mudah ialah solat. Untuk menunaikan solat mestilah perlukan wudhu'. Oleh itu, wudhuk menjadi wajib untuk melaksanakan solat sebagai perkara wajib. Begitu jugak dengan Khilafah Islamiyah. Menegakkannya ialah wajib, bagaimana hendak menegakkannya, mestilah dengan gerakan Islam itu sendiri, maka gerakan Islam itu jadi wajib untuk mencapai perkara wajib td iaitu Khilafah Islamiyah.

Inilah antara dalil2 yang mengatakan wajib kite untuk intima' dalam gerakan Islam. Terdapat beberape ciri yang perlu kite tahu untuk kite intima' dalam gerakan Islam. Sekarang terlalu banyak gerakan Islam wujud di negara kite. Kite kena memilih dengan tepat, pilih jemaah yang betul2 membawa Islam secara syumul. 

Berkaitan dengan ciri2 jemaah yang perlu kite pilih dan pelbagai gerakan2 Islam kite akan bincang pada sesi akan datang. Setakat ni dulu perbincangan kite, harap same2 dapat menambah tahqafah basic ni ye!!! sekian, terima kasih..Assalamualaikum...=)

     





Tiada ulasan:

Catat Ulasan