Selasa, 8 Februari 2011

KITAKAN ADIK BERADIK....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..alhamdulillah, bersyukur dapat lagi bertemu di post yg seterusnya di blog saye yang xseberapa ni..huhu. Kali ni saye nak berkongsi sedikit berkaitan dengan perhubungan sesame manusia, bukan perhubungan antara lelaki dan perempuan yg selalu disebutkan "couple" tetapi hubungan persahabatan antara kite sesama muslim. Islam menitik beratkan hubungan persahabatan kerana ia adalah sangat dituntut dalam Islam. 



Islam sangat mementingkan ukhuwwah yang dibina antara sesame muslim. Ikatan ukhuwwah yang dibina atas ikatan aqidah yang same, dimana muslim berukhuwwah kerana Allah S.W.T. Ada dalam satu hadis menyebut bahawa 2 orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan lain selain naungan Allah S.W.T.

Di samping itu juga, ade satu hadis nabi menyebut seperti berikut:

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
 tidak lengkap iman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya
 sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri



Hadis ini menunjukkan bahawa kita perlu menyayangi sahabat kita seolah-olah mereka seperti adik beradik kite sendiri. Contahilah kaum Muhajirin dan Ansar dimana Ansar melayani Muhajirin begitu istimewa sekali kerana mereka dipersaudarakan oleh Rasulullah S.A.W dan Ansar melayani Muhajirin seperti adik beradik mereka sendiri. Begitu hebat sekali ikatan ukhuwwah yang dibina oleh mereka sendiri. Sebagai contoh dalam sirah Nabi Muhammad S.A.W disebutkan bahawa Ansar sanggup menceraikan isteri mereka (yang mempunyai ramai isteri) dan berikan kepada Muhajirin yang tidak berkahwin lagi. Kita macam mana???? (tanya diri sendiri ye =P)

Tingkatan ukhuwwah ada 3 iaitu berlapang dada, kebersamaan dan melebihkan orang lain daripada diri sendiri. Pada zaman nabi dan para sahabat tingkatan ukhuwwah ini telah dipraktikkan dalam kehidupan mereka. Oleh sebab itu mereka hidup dengan begitu aman dan harmoni sekali. Zaman kita macam mana?? kadang-kadang bergaduh terus xnak bertegur dan sebagainye sedangkan perkara itu boleh settle dengan cara yang baik.(xtuju pada sape2 ye =))



Oleh itu, mari kite same2 kuatkan ikatan ukhuwwah kite...moga2 dengan bertambah erat ukhuwwah kite, kite dapat jalankan kehidupan kite dengan lebih baik dan aman. Anggaplah semua sahabat kite itu adik beradik kite. sebelum saye akhiri post kali ni, mari hayati lirik lagu ni same2:

Biar adakalanya dia buat kau kecewa
Biar adakalanya dia buat kau gundah
Tetapi tak mengapa kerna dialah juga
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nati berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus

Biar kau dalam susah semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa yang sudi menghulur
Jika tak adik beradik yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri selalu yang kau terima

Oh kita bersaudara

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nati berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus

*ni lagu KRU dari cerite magika..best lagu ni, so kalu ade gaduh2 tu dengar la lagu ni, sejukkan cikit hati tu dan cepat berbaik dengan sahabat kite tu ataupn adik beradik kite, xyah panjang2kan cerite, senang kire KITAKAN ADIK BERADIK =)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan