Selasa, 15 Februari 2011

MAULIDUR RASUL!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat2 yang dirahmati oleh Allah sekalian. Sedar tidak sedar hari ini merupakan hari kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran baginda merupakan satu perkara yang cukup penting bagi kite kerana baginda berhempas pulas menyebarkan dakwah sehingga seluruh dunia mengetahui siapakah Nabi Muhammad S.A.W.




Apabila kita melihat kembali sirah Nabi Muhammad S.A.W begitu besar pengorbanan baginda dalam usaha memastikan umatnya masuk ke agama yang akan membawa kebahagian dunia dan akhirat. Kita melihat bagaimana usaha dakwah baginda pada permulaannya mendapat tentangan yang begitu hebat oleh kaum kerabatnya sendiri. Daripada mendapat gelaran Al-Amin ( yang beramanah ) akhirnya mendapat gelaran majnun ( gila ), ahli sihir dan sebagainya tetapi baginda tidak memarahi mereka. Baginda begitu sabar dalam melaksanakan kerja dakwah ini. 

Akan tetapi umat Islam sekarang ini lupa akan jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W yang begitu besar yang tidak mampu kita balas dengan apa yang ada pada diri kita. Valentine Day diraikan begitu hebat sekali di kalangan umat Islam tetapi bila tibenya hari kebesaran umat Islam sendiri iaitu hari kelahiran baginda, lesu seolah2 tidak ada apa2 pun pada hari tersebut. 

Sedangkan Nabi Muhammad sebelum wafatnya baginda, baginda masih lagi bertanya keadaan umatnya kepada Jibril a.s. Malah baginda meminta agar kesakitan ketika mencabut nyawa yang bakal ditimpa oleh umatnya ditanggung oleh baginda kerana baginda tidak mahu umatnya merasa sakit, sakit sakaratul maut sangat dahsyat. Oleh sebab itu, baginda tidak mahu umatnya menanggung sakit itu. 

Oleh itu, ingatlah selalu baginda S.A.W, selawatlah ke atas baginda selalu. Apabila kita sentiasa mengingati baginda, kita akan jauh daripada melakukan maksiat malah akan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Barangsiapa yang mengasihi Rasulullah S.A.W, maka dia mengasihi Allah S.W.T. 

Sebelum akhiri post kali ini, saye akan mempersembahkan kepada sahabat2 satu video selawat ke atas nabi S.A.W. Semoga mendengar dengan baik dan berselawatlah sekali ye =)


ni maksud lirik lagu ni, selamat berselawat =)

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.
Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.
Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya 

1 ulasan:

  1. Ulama adalah pewaris para anbiyaa as... Sangat rugilah bagi mereka yang diberi peluang untuk belajar agama, mensia2kan peluang yang dimilikinya...
    "Anta ta'alamu bidunyaka, wa ana fi dunyaka..."

    BalasPadam