Selasa, 25 Januari 2011

HARAKAH ISLAMIYAH (PART 1)


Assalamualaikum dan salam sejahtera wat sahabat2 yg dirahmati Allah..Alhamdulillah, marilah kite ucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana diizinkan kite berada di muka buminya untuk mengabdikan diri kepadaNya dan mendirikan agama dan mentadbir bumi dengan agama tersebut. Apakah agama tersebut? Agama itu ialah ISLAM yg kite cintai.

Sudah lame saye tidak berkongsi dengan sahabat2 sedikit ilmu untuk perkongsian bersama. Selama ini sekadar berkongsi pengalaman hidup ja dan kali ini insyaAllah saye akan berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan gambar di atas.

Jemaah Islamiyah atau Harakah Islamiyah merupakan satu tajuk yg cukup penting bg kite sebagai muslim kerana ia berfungsi untuk mengembalikan satu perkara yg cukup berharga bg seorg muslim yang mane perkare itu telah dihapuskan oleh seorang manusia di TURKI. Nanti kite akan bincang bersame tentang hal ini.

Sebelum itu, apakah perkare yg dihapuskan oleh manusia di TURKI tersebut? Itulah Khilafah Islamiyah yang merupakan tempat bernaung umat Islam suatu ketika dahulu yang mane dengan Khilafah Islamiyahlah Islam dapat menguasai 2/3 dunia. Mari kite lihat dari sudut sejarah bagaimana runtuhnya Khilafah Islamiyah secara ringkas dan kewujudan Jemaah Islamiyah atau Harakah Islamiyah.

Mari kite lihat di zaman Nabi Muhammad S.A.W di mane pada zaman itu ialah zaman Nubuwwah, zaman kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Pemerintahan yang cukup adil pada semua orang xkire sape pun mereka itu, rasulullah akan berlaku adil pada mereka. Zaman berlakunya perkembangan Islam dengan menghantar utusan2 baginda untuk berdakwah. Negara2 yg hebat seperti Parsi dan Rom rasulullah hantar utusan kepada mereka untuk menerima Islam sebagai cara hidup mereka. Ada yg menolak dan ade yg tidak menerima tetapi membayar jizyah. 

Maka zaman baginda berlalu dengan kewafatan baginda S.A.W. Digantikan oleh sahabat baginda yang paling rapat iaitu Abu Bakar as-Siddiq. Di zaman beliau, telah bermula munculnya nabi2 palsu dan golongan2 yg tidak mahu membayar zakat. Pada waktu inilah Abu Bakar mengambil langkah untuk memerangi mereka supaya yg lain tidak terpengaruh dan Islam terbela.


Kemudian khalifah Islam diganti oleh Umar al-Khattab, seorang yg tegas dan pada zaman beliaulah berlakunya perluasan empayar Islam dan struktur pemerintahan disusun dengan lebih teratur. Daripada seorang yg panas baran dan akhirnye boleh berubah menjadi seorang yg penyabar malah sentiasa menangis di malam hari kerana takut kepada Allah S.W.T.


Selepas itu, Uthman bin Affan pula yg memegang tampuk Khalifah Islamiyah yg ketiga. Pada zaman beliaulah pembukuan Al-Quran dan disebarkan pada negara2 Islam. Pada zaman beliau juga tertubuhnya tentera laut untuk meluaskan empayar Islam. 


Selepas itu, Ali bin Abi Talib pula menggantikan Uthman bin Affan. Di zaman beliaulah terdapat banyak masalah yang berlaku kerana fitnah yg melanda pada zaman Uthman bin Affan. Selepas Ali, Khalifah diganti kepada Hassan tetapi tak lame kemudian pemerintahan diserahkan kepada Muawiyah.


Kemudian, berlakulah pemerintahan Khalifah secara monarki, iaitu Zaman Muawiyah, kemudian Zaman Abbasiyah, kemudian Uthmaniyah dan tahun 1924 runtuhnya Khilafah Islamiyah oleh Kamal At-Tarturk, manusia yg kejam dan zalim pada orang Islam dan dialah yg mengubah TURKI kepada liberal dan sekular.

Ini kronologi runtuhnya Khilafah Islamiyah oleh org2 kafir dengan perancangan yg cukup licik dan berjaya menumbangkan sistem Khilafah tempat bernaungnya umat Islam. Jadi, dengan runtuhnya sistem Khilafah ini, maka umat Islam tidak duduk diam melihat perkare ini terjadi. Pada 1928, tertubuhnye gerakan Islam di Mesir iaitu IKHWANUL MUSLIMIN yg diasaskan oleh Hassan Al-Banna. Beliau merupakan seorang muslim yg begitu berpengaruh menyebabkan gerakan Islam ini berkembang begitu cepat di Mesir. 

Begitu juga dengan gerakan2 Islam di negara2 lain. Atas kesedaran ulama'2 di negara2 Islam yg lain, maka tubuhlah gerakan Islam seperti Front Islamic Salvation (FIS) di Algeria, Jamiat Islami di Pakistan, Harakatul Muqawwamatil Islamiyah (HAMAS) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia. Mereka menubuhkan gerakan Islam ini demi memartabatkan kembali kedaulatan Islam di negara mereka. Mereka sanggup menghadapi pelbagai cubaan, dugaan dan mehnah walaupun terpaksa berkorban jiwa raga mereka demi matlamat mereka yg mulai iaitu MENDAULATKAN ISLAM.

inilah Hassan al-Banna, tokoh yang asaskan Ikhwanul Muslimin di Mesir

ini pulak al-Maududi, pengasas Jamiat Islami di Pakistan

ni lak 2 tokoh gerakan kite di Malaysia, 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz n Tuan Guru Haji Hadi Awang,


Setakat ni dulu perkongsian saye dengan sahabat2 sekalian..insyaAllah kite akan sambung lain kali...harap2 pengisian kali ni dapat menambahkan dan memantapkan ilmu kite ye!! =) Sebar2kan pada sahabat2 yg lain ye...Assalamualaikum =)

*kalu ade salah sile betulkan saye ye...saye insan yg lemah, sile bantu saye untuk same2 mantapkan lagi thaqafah kite bersama =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan