Rabu, 19 Januari 2011

UJIAN MENIMPA KE ATAS DIRI....

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, mari kite panjatkan kesyukuran kite kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kite masih lagi dapat menghirup udara segar milikNya, dapat lagi melihat pemandangan yang cukup indah hasil ciptaanNya, dan tidak dilupakan 2 nikmat yang cukup berharga yang diberikan kepada kepada kite iaitu nikmat IMAN dan ISLAM...

Bile kite sebutkan ttg ujian, mesti ramai sudah maklum apa yg dimaksudkan dengan ujian. Sebut je ujian, tergambar dalam pemikiran masing2 hati bakal tidak tenang, masalah akan datang bertimpa-timpa dan sebagainya. Ramai orang bile datangnye ujian di dalam hidupnya, mereka sentiasa memikirkan masalah tersebut tetapi tidak memikirkan jalan  penyelesaiannya. 


Mari kite melihat baginda Nabi Muhammad S.A.W yang lebih banyak menimpa pelbagai ujian di dalam kehidupan baginda. Kematian isteri dan bapa sedara baginda dalam tahun yang same sangat membuatkan baginda terlalu sedih sehingga ulama' mengatakan pada tahun itu tahun dukacita buat baginda Nabi Muhammad S.A.W. Dalam menyampaikan dakwah, baginda mendapat pelbagai tohmahan dan cercaan daripada kaumnya sendiri tetapi baginda bukan setakat sabar, tetapi baginda berikhtiar untuk menyelesaikan ujian yang menimpa ke atas baginda.

Bile baginda melihat pengikut2nya diseksa terlampau teruk, baginda mengarahkan mereka yang tidak ade perlindungan di Makkah pergi berhijrah ke Habsyah buat sementara waktu supaya mereka tidak lagi diseksa. Tengok!! Baginda mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang menimpa ke atas diri baginda. Bukan itu sahaja, baginda bertawakkal kepada Allah kerana hanya Dia sahaja yang mampu membantu baginda.

Cerite yang saye ceritakan sebentar tadi sebenarnye untuk memberi semangat kepada sahabat2 saye teruskan berjuang di jalan Allah. Biarpun datang pelbagai ujian, cubaan dan dugaan ke atas diri kite, mari kite same2 harungi ujian tersebut. Mari kite contohi baginda Nabi Muhammad S.A.W yang sabar dan kritis mencari jalan penyelesaian dalam mengharungi ujian2 di dalam kehidupan baginda. 

InsyaAllah, semangat kite akan berkobar-kobar semula untuk memperjuangkan agama Allah yang mulai ini iaitu Islam. Takbir!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan