Isnin, 24 Januari 2011

Workshop on Basic First Aid


Assalamualaikum n salam sejahtera..harap2 sahabat2 sihat dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, Tuhan yang Maha Kuasa. Hari ni saye nak berkongsi ilmu sikit ttg FIRST AID. 

Pada hari Sabtu yang lalu, biro kebajikan MRC telah membuat program untuk bironye ttg FIRST AID. Pimpanan tertinggi MRC dijemput sekali untuk bersama-sama menimba ilmu. Saye time tu dtg lambat, besa la kan, hari Sabtu, hari cuti kan..huhuhu...=P

Nak kate punye la lambat dtg program tu, dtg2 je dah habis sesi kedua..huhu, mmg 'awal' la dtg =P
habis sesi pertama, makan pagi, mmg rezeki la dtg program ni, huhu...pastu sambung sesi kedua iaitu sesi praktikal. 

salah satu yang saye ngat dlm sesi ini ialah cmne kite nak beri bantuan pernafasan. Pertama, sebelum kite bagi bantuan tu, kite kena tahu sama ada mangsa tersebut sedar atau tidak dengan care kite tepuk bahu die sambil kite jerit atau panggil mangsa tersebut. Sama ada "are u ok?" atau pun ape2 la nak sebut. Kemudian, kalu mangsa tu xsedar, kol ambulans bgtau ade mangsa xsedar n bgtau la maklumat2 yg berkaitan yg perlu diberitahu kepada ambulan tu. Eh!! lupe lak, sebelum pergi ke mangsa dan tengok sama ada sedar atau tidak, pastikan danger telah dialih supaya mudah kite nak beri bantuan kepada mangsa.

Kemudian, buka ruang udara mangsa tersebut dengan mendongakkan kepala mangsa supaya mudah kite nak beri bantuan pernafasan. Kemudian, dengar, lihat dan rase pernafasan mangsa dengan telinga diletakkan ke mulut mangsa dan mate melihat ke arah dada mangsa sama ada berlaku pernafasan atau tidak. Barulah beri bantuan pernafasan dengan care tarikkan nafas dan hembus ke dalam mulut mangsa. Pastikan mulut mangsa masuk sepenuhnye ke dalam mulut kite supaya udara tidak bocor dr mulut mangsa. Ini ialah contoh yang dibuat oleh sahabat kite:


Tu patung, jgn risau ye..huhu, ni adalah demo yg dibuat oleh saudara Jundullah...kite hembus nafas kepada mangsa 2 kali. Kemudian check nadi sama ada masih bergerak atau tidak. Kemudian, kite berikan bantuan dengan menekan dada selama 30 kali supaya mangsa dapat sedar jika dilakukan dengan teknik yang betul.

Ulang langkah tersebut sebanyak 5 kali, insyaAllah, mangsa akan mula sedar kembali.

 bro amin memberi tips

inilah alat yg digunakan untuk demo bantuan pernafasan

Kemudian, bro Amin ajar care nak balut luke pada tangan. Jika luke tersebut pada tangan, angkat bahagian luke tersebut supaya darah tidak keluar banyak. Kemudian, letak kapas dan balut luke tersebut dengan bandage dan letakkan tangan tersebut dibahagian dada dan ikat tangan tersebut dengan 'kain tiga segi' (xtau name kain tu name pe, hentam yo la, huhu =P)


ni demo yg dibuat oleh bro amin, volunteer amirullah, mmg mantaplah amirullah =P


semua org buat praktikal membalut tangan org

saye pun buat jugak =)

muslimat pn wat jugak...

Mase dalam workshop ni, ade peserta paling aktif dalam memberi pandangan. Peserta itu ialah:

ya!!! nilah peserta paling aktif dalam workshop ni, huhu...faham2 la aktif tu cmne ye =P

bro amin memberi nasihat kat kami 

Alhamdulillah, habis jugak workshop ni. Mmg puas hati la tp byk persoalan yg ditanye xdpt dijawab kerana masa yg xmengizinkan. Sebenarnye program mcm ni makan mase 2 hari tp dipendekkan 4 jam ja, mmg la xcukup...tp xpela, yg penting dpt gak sedikit ilmu drpd xdpt langsung, betul tak?? =)

so, secara overall, mmg best la workshop ni, banyak ilmu dpt dr bro amin..tq bro amin ngn ilmu yg diberi!!!!! =D

*kalu ade tersalah maklumat ke sile bgtau ye =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan