ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat sahabat2 yang dirahmati ALLAH sekalian. Bersyukur kite kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi kite merasai 2 nikmat yang besar dalam diri seorang muslim iaitu NIKMAT IMAN DAN ISLAM. Tanpa 2 nikmat tersebut kite tidak mengenal indahnya ISLAM sebagai cara hidup kite..ALHAMDULILLAH...
Sebagai seorang pejuang agama ALLAH S.W.T, mereka tentu akan cube meneka apakah yang cube saye sampaikan kali ini dengan tajuk 'Melarikan Diri atau Mencari Jalan Penyelesaian". Mungkin ade sesetengahnye bermonolog bahawa saye berbicara soal kehidupan individu muslim bila mane datangnye sesuatu masalah adakah perlu lari atau cari jalan penyelesaian. Ehm, tidak salah jika anda ingin mengatakan sedemikian tapi saye ingin berbicara tentang kehidupan individu muslim yang berjuang di jalan Allah. Berbeza dengan yang pertama tadi kerana penyataan pertama tadi sekadar melaksanakan kehidupan seperti biasa sedangkan pejuang agama ALLAH akan menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi dalam usaha menegakkan agama ALLAH ini.
Fenomena ahli gerakan yang cube nak larikan diri memang tidak asing lagi di mane2 tempat. Bile mane datangnye masalah pada diri seseorang itu maka terciptalah pelbagai alasan untuk melarikan diri dari GERAKAN ISLAM. Mungkin juga seseorang itu melihat banyaknya kelemahan GERAKAN ISLAM yang die intima'kan itu dan meminta kepada ketuanya untuk keluar dari gerakan atas alasan gerakan tidak dapat buktikan ahlinya cemerlang dalam bidang akademik, gerakan tidak dapat buktikan ahlinya dapat membahagikan masa dalam melakukan amal islami, dan sebagainya.
Alasan ini sudah sinonim kite dengar dan adakah jalan penyelesaiannya hanyalah satu iaitu KELUAR atau TIDAK MAHU INTIMA' dalam gerakan?? Ini adalah langkah untuk melarikan diri daripada masalah tersebut bukan untuk mencari jalan penyelesaian yang betul.
Sebagai seorang pejuang agama Allah, bile mane datangnye ujian ke atas diri kite, kite perlu berfikir bagaimana hendak selesakan masalah tersebut. Kite sudah mengenal pasti masalah yang menimpa diri kite ataupun pada gerakan yang kite intima'kan. Janganlah kite memikirkan masalah tu akan tetapi kite berusaha mencari jalan untuk selesaikan masalah tersebut.
Ade satu kisah yang ingin saye kongsi pada sahabat2 sekalian di mane ramai orang ingin berguru dengan BRUCE LEE kerana kehandalan beliau dalam seni mempertahankan diri. So, si BRUCE LEE ni wat la induction untuk memilih anak murid. datang la seorang budak tu kat die. Die garis satu garisan pendek dan die minta budak tu buatla cmna pn jnji garisan tu jadi lebih pendek.
So, budak tu padamlah garisan yg BRUCE LEE wat tu. BRUCE LEE tengok n kate kat budak tu "TQ, you may leave now." Budak tu terpinga-pinga la dengan sebab tu die xdpt jadi anak murid BRUCE LEE. Apa yg nak disampaikan oleh BRUCE LEE sebenarnye???
Kalu ikutkan kire betul gak la jawapan budak tu tapi BRUCE LEE xterima. Sebabnye adalah kebiasannya kite diminta untuk lakukan apa saja untuk menjadikan garisan yang dilukis itu pendek, kite akan memandang kepada garisan itu sahaja tanpa memikirkan kepada usaha lain untuk selesaikan masalah yang diberi. Begitulah dengan masalah yang saye lontarkan tadi. Kebiasaan orang suke melihat kepada masalah tersebut dan lari. Kite perlu berusaha mencari jalan lain untuk selesaikan masalah tersebut dan buktikan bahawa masalah ini ade jalannye dan ade hasilnye.
Lupe lak nak bgtau jawapan BRUCE LEE pada budak tu, huhu...Jawapannya adalah "Draw another line to make first line become shorter". Kesimpulannya nak ana bgtau adalah, kite bukan melarikan diri tetapi kite cari jalan untuk selesaikan masalah tersebut dan buktikan bahawa masalah ini boleh diselesaikan dan boleh dikurangkan.
Oleh itu, pe lagi!!! Jom mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang melanda dalam diri sebagai ahli gerakan, bukan melarikan diri dari masalah..
Setakat ni dulu, assalamualaikum dan SELAMAT BERAMAL!!!! =)
terbaik bro..kau dah tolong betulkan cara aku berfikir ..tq bro
BalasPadam